Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBantuan Kebajikan Bulanan

 UNIT BANTUAN KEBAJIKAN BULANAN (BKB)


Bantuan Kebajikan Bulanan (BKB) bermaksud bantuan sementara dan dihulurkan kepada warganegara Brunei Darussalam yang berpenghidupan susah bertujuan untuk meringankan bebanan mereka bagi satu tempoh sehingga penerima mempunyai sumber pendapatan yang difikirkan boleh menyara kehidupan seharian.

Sehubungan dengan itu, sebelum BKB dapat dipertimbangkan beberapa perkara perlu diambil kira dan dinilai berlandaskan kepada beberapa keadaan seperti:-
Bilangan anak / tanggungan yang tinggal bersama.

  • Tahap ketidakupayaan ketua keluarga atau ahli keluarga, sokongan daripada ahli keluarga, keadaan dan kelengkapan rumah berdasarkan keperluan dan faktor-faktor yang munasabah.
  • Gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan harian pemohon / keluarga.


Selain memberikan bantuan dalam bentuk kewangan, BKB juga dihasratkan bagi menggalakkan penerima-penerima untuk terus berusaha dan berdikari serta tidak hanya bergantung kepada bantuan sahaja. Dalam hal ini, para penerima hendaklah:

  • Melibatkan diri dalam bidang pekerjaan bagi yang sihat dari segi fizikal dan mental
  • Dibantu bagi meningkatkan tahap sosioekonomi para penerima melalui langkah-langkah intervensi ke atas diri penerima atau pun ahli keluarga
  • BKB adalah sebagai satu “token”, tidak mengambil alih tugas dan tanggungjawab ahli keluarga dalam memberi nafkah.
  • Siasatan ulangan terhadap penerima-penerima Bantuan Kebajikan Bulanan akan dibuat dari semasa ke semasa untuk memastikan sama ada mereka masih berkelayakkan menerima atau pun sebaliknya.


SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN UTAMA PERMOHONAN BKB:


  • Pemegang Kad Pengenalan Pintar berwarna kuning
  • Berpenghidupan susah dan mempunyai tanggungan anak-anak yang masih bersekolah/masih kecil
  • Tidak mempunyai pendapatan, menerima Pencen Perkhidmatan, Pencen Turunan, Pencen Umur Tua, bantuan dari agensi Kerajaan atau bukan kerajaan.
  • Mendapatkan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan jika menghidap sebarang penyakit yang tidak membolehkannya bekerja bagi yang berpenghidupan susah.
  • BKB tidak mengambil kira status individu dari segi balu, janda, anak yatim, anak yatim piatu dan lain-lain lagi.
  • BKB tidak mengambil kira keadaan fizikal seseorang

     

Jika awda layak untuk memohon, permohonan hendaklah;

Dihadapkan kepada Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat sama ada secara bersurat melalui Penghulu-Penghulu / Ketua-Ketua Kampung atau datang terus ke ibu pejabat Jabatan Pembangunan Masyarakat atau cawangan-cawangan di setiap daerah.

DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA/DISERTAKAN SEWAKTU MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN BULANAN


  • Kad Pengelanan Pintar
  • Surat Beranak/Kad Pengenalan Pintar anak-anak.
  • Sijil Nikah/Sijil kahwin (Jika berkenaan)
  • Sijil Cerai (jika berkenaan).
  • Sijil mati suami (jika suami meninggal dunia)
  • Sijil mati ayah (jika ayah meninggal dunia)
  • Laporan Pegawai Perubatan Kerajaan (jika perlu).
  • Pengesahan dari pihak sekolah bagi anak/tanggungan yang masih bersekolah.
  • Surat pengesahan kerja
  • Surat pengesahan berhenti/diberhentikan kerja
  • Surat penggantungan kerja
  • Pembayaran rumah termasuk rumah sewa
  • Slip pembayaran gaji/surat pengesahan gaji
  • Lain-lain dokumen yang berkenaan.


*** Salinan dokumen/sijil/surat asal dan salinan hendaklah disertakan.

TINDAKAN PENGURANGAN / PEMBERHENTIAN PEMBAYARAN BAGI PENERIMA BKB DAN TANGGUNGAN ANTARANYA:


  • Telah berkahwin atau bekerja.
  • Suami/Isteri bekerja yang difikirkan boleh membantu sara hidup.
  • Menerima Pencen Umur Tua / Isteri menerima Pencen Umur Tua.
  • Mempunyai anak-anak yang sudah mencapai umur 18 tahun dan tidak lagi bersekolah.
  • Menerima sebarang elaun Kerajaan / berkahwin dan lain-lain.
  • Menerima baksis dan lain-lain Pencen Kerajaan.
  • Mempunyai mata pencarian yang difikirkan boleh membantu kehidupan sekeluarga.
  • BKB akan diberhentikan setelah suami/ayah/ibu dibebaskan dari Penjara / Rumah Al Islah / Pusat tahanan atau pun mana-mana institusi yang berkenaan.